Wanita bunuh suami, kantoi jiran dengar letupan

Seorang wanita di Bihar didakwa membunuh suami dengan bantuan kekasihnya, sebelum mengerat mayat dan mencurah asid untuk melupuskannya.

Apa yang mengejutkan, perbuatan mereka itu disedari orang ramai selepas berlaku satu letupan.Kejadian berlaku berhampiran Balai Polis Sikandarpur Nagar, apabila Rakesh, 30, didakwa dibunuh oleh isterinya Radha dan kekasihnya Subhash. Pasangan itu turut dibantu kakak dan abang ipar Radha.

Untuk menyembunyikan bukti, Subhash terpaksa mengeratnya kepada beberapa bahagian. Subhash dan Radha kemudiannya cuba menggunakan bahan kimia untuk melupuskannya di sebuah pangsapuri yang disewa.

Penggunaan bahan kimia itu mengakibatkan satu letupan memaksa penghuni lain membuat laporan polisSebaik polis tiba ke tempat kejadian mereka menemui cebisan mayat bertaburan di dalam rumah tersebut.

Difahamkan Rakesh menjalankan perniagaan arak secara haram dan sering diawasi polis. Oleh kerana itu dia sering bersembunyi dan meninggalkan isterinya.

Rakan kongsinya Subhash membantu menjaga isterinya namun akhirnya mereka jatuh cinta.

Ketua Balai Sikandarpur, Harendra Tiwari berkata kes bunuh itu telah dibuka terhadap isteri, kakak, abang ipar dan kekasihnya Subhash.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *